Monday, 14 May 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah ...

Alhamdulillah .. Ya Allah .. Terima kasih kerana Kau telah tunjukkan jalan yang terbaik untuk aku . Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah.. Tiada kata yang mampu aku ungkapakan selain alhamdulillah =) Walaupun bukan impian utama, namun ada jalan lain yang mampu aku lalui untuk menggapainya. Terima kasih Ya Allah kerana Kau telah bukakan jalan yang lebih mudah untuk aku.. Insyaallah .. Aku akan gunakan peluang yang diberikan ini dengan sebaik mungkin. Insyaallah ..

Doakan yang terbaik untuk aku ye =) 





Bye semua. Assalamualaikum =)

Saturday, 5 May 2012

I HATE YOU !!

Assalamualaikum ...

Hai alls ! Act , takde apa aku nak cakap ni . Faham ? Ke tak faham ? Faham lah eh .. Bagus ! Ish. Dah dah ! Hari ni satu hari aku duduk rumah je tau -.- Aktiviti comel aku hari ni memang sangat interesting . Aku rasa kau pun teringin jadi macam aku . Nak tau ? Meh sini aku bagi tau.

Pagi tadi ibu suruh aku letak kan air kat dalam bekas minum kucing-kucing aku yang awesome lagi vouge tu . Dah bagi air, aku pun kutiplah daun-daun yang jatuh tepi pokok sebelah rumah kucing aku tu . Faham tak ? Susah aku nak fahamkan sebab kau tak pernah pergi rumah aku . Takpe, nanti aku buat rombongan, kita buat lawatan rasmi ke rumah aku ye . Bagi kau faham =)

Tiba-tiba , masa aku tengah syok kutip-kutip daun tu , aku rasa kaki aku gatal semacam . Ha ! Sudah ! Ni confirm semut ni ! Aku dah rasa gatal nya makin mengannoyingkan aku . Aku check kaki aku , sah ! Semut hitam yang kejam tu dah gigit kaki aku yang kiut lagi comel ni . Kurang haja kau semut -.- Ni ha rupa semut kurang didikan tu !


Kejam kan ?! Serious aku makin panic ! Jap , kau ingat aku gila ke nak panic just because of semut yang saiznya tak sampai 1 phalanges ?! Act , aku tak boleh kena gigit semut hitan yang besar ni . Bukan semua semut !! Tapi yang macam ni je . Kalau dia gigit , confirm dalam 10 minit je aku akan bertukar menjadi raksasa ganas *tapi masih berwajah kiut muahahaha :D

Ok sambung cerita . Disebabkan aku makin bijak mengawal keadaan masa tu , aku berlari masuk rumah . Aku dah tak hirau siapa-siapa dah masa tu . Pintu pun aku langgar ! haa , power kan aku kawal keadaan =) Lepas tu , aku masuk bilik , cari beg cik nono aku . Sebab dalam tu ada ubat gegata *gegata adalah bengkak yang muncul selepas digigit semut gila ni ! Aku ambik 2 biji sekali aku telan . Oh kejap , air takda !! Aku pergi telan macam tu je ?! Takpe , aku bijak mengawal keadaan . So , aku lari ke dapur , ambik gelas dan tuang air . So , aku tak tercekik =) See , aku memang bijak mengawal keadaan .

Few minutes later , aku rasa macam letih , lapar , ngantuk , migrain dan sakit perut . Yeah ! Itu effect kalau kena gegata dan effect ubat tu buat aku mengantuk -.- Because of kesakitan yang tak comel tu attack aku yang awesome ni sekali gus , aku pun letih . So , aku pun dengan tak mandi nya , masuk bilik , ambik bantal wangi aku dengan selimut , tidur dekat sofa ruang tamu *best sebab ibu tengah pasang air-cond . So , lena lah aku tidur..

Aku tidur dari pagi sampai pukul 2 petang ! Ha , ambik ! haha . Nak sangat ! Tapi bagus lah gegata aku dah hilang . Tapi yang lagi awesome dan cool bila aku bangun je , aku sakit perut -.- eeeee ! Tak boleh ke datang esok ?! Aku nak riang kejap pun tak boleh !! So , dengan bangganya aku bagitau , yang aku dah tak berdaya lansung nak bangun haru ni . Jadi , aku tidur balik =) Wei ! Bukan sengaja ! Tapi takdir yang menentukan . Muahahaha :D

Ha , best kan life aku hari ni ?! Memang aku bangga nak cerita kat kau pongggg ! Dah lah , sekarang aku dah macam ok sikit . Jari aku ni macam laju je menaip . Dah ok lah tu . So , malas nak taip dah . Jadi , bye bye ualls yang tak awesome sekalian ! Aku nak makan ! Lapaaaaa :D

Comel kan ? Eh , mesti lah kan =)


Mimpikan muka aku macam ni ye malam ni =) 

Assalamualaikum ...